bergelojak
Ah…sudah tahun keempat aku di States…tp Ramadhan tetap mencabar iman. Kerjaku dengan makanan, sesekali terliur anak tekakku melihat mereka menjamah fries dan segelas pop. Namun aku kuatkan juga iman yg kian luntur. Bukan itu sahaja, cuaca panas yg sememangnya digilai Americans sedikit sebanyak berjaya mengurangkan pahala puasaku. Mengapa begitu singkat, ketat pakaian mereka? Panas? Huh…mengeluh sahajakah yg aku mampu?…Tidak…aku tetap cuba …dgn kudrat yg ada, aku cuba menahan gelora nafsu. Kalau dulu aku boleh, sekarang masakan tidak. Tahun ini lebih lagi, azamku kuat, niatku ikhlas, tujuanku betul…aku mahu apa yang aku inginkan…biar berkerut dahi, biar basah berpeluh…aku akan cuba . Mohon pertolonganMu Ya Rabbi, bantulah hambaMu yang lemah lagi dhaif ini.

(Anonymous)
ello ensem